Mengenai kami

Koperasi Agro

Koperasi Agro Dusun Dato Murad Melaka Berhad ditubuhkan pada 13 Oktober 2017. Koperasi ini menggunakan singkatan nama “Koperasi Agro” atau “AgroCoop”. Matlamat asal penubuhan koperasi ini adalah sebagai agen untuk memasarkan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh Penjara Dusun Dato Murad seperti ikan keli, kambing, lembu, pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan bermusim.

Koperasi Agro bertindak sebagai perantara kepada urusan jual beli semua produk pertanian ini dengan pihak luar. Keadaan ini telah dapat memudahkan pihak Penjara Dusun Dato Murad memasarkan hasil secara lebih meluas dan sistematik.

Anggota Koperasi Agro seramai 63 orang dan seramai 9 orang Ahli lembaga Koperasi telah dilantik menerusi Mesyuarat Agong Koperasi untuk menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan koperasi dengan pihak luar. Setakat ini, keahlian koperasi ini hanya eksklusif untuk kakitangan Penjara Dusun Dato Murad sahaja.
Shopping Cart